hilanglah kamu, si panas baran..

Assalamualaikum. hye. sihat? Alhamdulillah, nikmat Allah SWT!

"Moody je kau ni!"
"Na, awak ni cepat baran lahh!"
"Na, control marah boleh, cepat sangat nak marah"
"Kakak ni asik nak marah je"
"rindu nak dengar kak Nana membebel"
"Hobi kau ke membebel ni mak nenek?"

ok, fine. Marina Mohamad di label mak nenek!! haishhh.. tak sedap di dengar langsung. Tu contoh yg selalu mereka2 utarakan kepada Nana. Itu semua berlaku tanpa sedar ok !! Well, Na ingat Na dah control. Btw, here I got some tips to avoid it. From someone that I respect. In Islamic ways. Insya_Allah.

  • Mengubah posisi. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya : Apabila kamu marah, dan ketika itu berada dalam keadaan berdiri, maka hendaklah dia duduk kerana ia akan menghilangkan kemarahan. Dan jika tidak maka hendaklah dia berbaring. | riwayat muslim |
  • Berwuduk. Rasulullah SAW bersabda, Marah datangnya daripada syaitan, dan ia diciptakan daripada api sedangkan api itu hanyan dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila kamu marah, maka hendaklah berwuduk. | Riwayat Abu Daud |
  • Membaca Ta'awuz, maksudnya: | Ya Allah, lindungilah aku daripada syaitan yang direjam |
  • Berzikir. banyakkan berselawat, berzikir, bertahmid, bertahlil dan bertakbir.
  • Kawal lisan. Bersiam diri dan angan bertutur apabila berasa hendak marah kerana ramai manusia yang merosakkan dirinya akibat lisannya sendiri. Kata pada diri bahawa setiap yg berlaku ada hikmah dan kebaikannya. :)
  • Minum air. minumlah air sejuk kerana air mampu memadamkan api kemarahan.
  • Berkata pada diri. Ingatkan diri bahawa perkara yang kita lakukan terhadap orang lain satu hari nanti akan berlaku atas diri kita juga. Cara ini, kita berjaya mengalihkan focus minda kpd perkara yang boleh mencetuskan perasaan marah.

 *insya_Allah berjaya!*




I'm hot-tempered. but please, go away from my life. I'm begging u oh my hot tempered..

No comments:

Post a Comment